May 18, 2010

utk dia yang aku kasihi...

ASSALAMUALAIKUM

malam ini...aku melihat kakakku tertidur di mejanya...mukanya lesu..energinya habis disalurkan di Rumah Sakit..melayan kerenah pasien dan juga konsulen... tiap hari aku melihatnya begitu...tapi aku tau..dia tidak akan jadi selesu itu hanya kerana tugasnya sebagai ko asisten..bukan kerana tugasnya sebagai mahasiswa kedokteran..tapi dia jadi selesu itu kerana dia punyai tugas lebih besar lgi..dia pikul beban yang lebih berat lgi..

sebagai pengemban dakwah,yang bukan kerena diingininya ,mencoba menghidupkan obor dakwah di sini,apa lgi utk membuat denyutan dakwah itu sendiri sentiasa dlm sinus rhythm di lokaliti kami,yang kadang2 nadi itu melambat(bradikardi) tapi dia tanpa mengeluh atau keengganan terus berusaha menaikkan semangat2 kami yang kadang melemah...
sebagai kakak sulung kami,yang sentiasa melayani kerenah kami yang macam-macam,yang sentiasa merujuk kepadanya dlm segala hal,yang kadang2 mengada2 dlm dakwah..tapi dia sabar...krn dia tahu kami masih 'muda'..dan dia sentiasa punyai thumuhat tertinggi utk kami....


aku takut...aku takut aku tidak bisa jadi sekuatnya...
takut tidak dapat menjadi org yg teratas,menjadi bumbung yang melindungi adik-adik ku,dan diatasku hanya langit meluas yang tidak boleh ku letakkan harapan padanya...
aku takut aku akan terumbang ambing utk seimbangkan diri..seperti di dalam sampan di air bergelora,apabila aku akn mengikuti langkahnya sbg ko asisten nanti..

dan aku takut aku tidak dapat membawa obor yang telah di hidupkannya di sini...takut di tangan ku akn terpadamnya obor dakwah itu.nauzubillah...



dan aku juga  tahu...dia sentiasa mendoakan ku..dan adik beradik ku yang lain..
aku tahu dia sentiasa sabar mendidik kami utk persiapkan kami memikul tanggungjawab besar itu...

tapi...
dia boleh mendidik ku,dia boleh memimpin tanganku,dia boleh menegur ku sekarang kalau aku bersalah..

tapi AKU sendiri yang perlu mengubah diriku..
AKU sendiri perlu belajar memimpin dan menyusun adik2 ku
AKU sendiri perlu berusaha memantapkan diriku
dan AKU sendiri perlu menjaga hubungan dengan TUANku...

bukan dia...

semoga aku menapak di setiap bekas langkah murabbiku sehingga aku berjumpa sekali dengannya di tangga ketujuh yang KITA ingin capai.


dengan penuh kasih sayang fillah,
"adikmu yang sentiasa memandang tinggi kepadamu"

No comments:

Post a Comment